Translate
Sunday 26 May 2013
Saturday 25 May 2013
Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku
"Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaanjika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaanjika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.
Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman."

Thursday 23 May 2013
burung kakak tua
Burung kakak tua
Ada
seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang
sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya
(Transparent le tu...)
Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru
Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....
Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah
Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat... .
"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"
Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... ..
Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......
"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"
Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .
Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita tengok besok pulak camana..."
Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.. ." dan seterusnya.
Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..
KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"
Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa.....
Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...
HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"
Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. .. cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."
"Orait!! Set!!" depa jawab.
Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!!
LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "
Cikgu-cikgu ni terus lari sekuat hati.....
Cikgu-cikgu ni terus lari sekuat hati.....
Tuesday 21 May 2013
Musang Memperdaya Gergasi
Suatu masa dahulu,tinggallah seekor musang
di dalam hutan.Musang disukai haiwan
lain kerana sifatnya yang suka menolong.
Ketika musang
keluar mencari makanan ia telah bertemu seekor rusa seperti dalam
ketakutan.Musang pun menegurnya.
“ Ke mana kau
mahu pergi , rusa ? “ Tanya musang. “ Kenapa pula wajah kau cemas sahaja?”
“Aku ada berita
buruk untuk disampaikan pada Raja Singa,” kata rusa itu.
“Berita buruk
apa?” tanya musang yang kehairanan.
“ Seekor gergasi
sedang menuju ke kampong kita ini,” kata rusa. “ Setahu aku, tidak ada gergasi
yang tinggal di hutan kita ini,” celah musang.
“ Kau juga perlu selamatkan diri sebelum dimakan gergasi itu,” kata rusa
lalu beredar.
Beberapa hari
selepas itu, barulah musang sedar seekor gergasi yang amat besar sedang mengganas di hutan mereka.
Banyak haiwan yang menjadi mangsanya. Setelah kenyang, gergasi itu
akan tidur sepanjang hari. Apabila terjaga dan berasa lapar semula, ia
akan mencari mangsa baharu.
Raja Singa telah
memanggil semua haiwan untuk bersidang. Musang turut hadir dan mereka
mencari jalan supaya tidak menjadi
mangsa gergasi itu.
“ Seluruh penghuni rimba dalam bahaya,” kata
Raja Singa. “ Kita mesti berbuat
sesuatu.”
“ Saya cadangkan kita berpindah dari hutan ini,”
kata gajah dengan suara garaunya.
“ Kami bersetuju!” sorak haiwan-haiwan lain. “ Lebih baik kita
berpindah daripada ditelan gergasi ganas itu!” Kebanyakan haiwan di situ mahu
berpindah.
Tiba-tiba musang mencelah.
“ Kita tidak boleh mengambil tindakan yang
bodoh!” jerit musang penuh semangat. “Kalau kita berpindah, hutan ini akan
didiami haiwan lain.Ini tidak adil kerana di sinilah kampung kita!”
“ Jadi kau mahu
dimakan oleh gergasi itu,” kata Raja Singa dengan nada sinis.
“ Saya tidak mahu dimakan oleh gergasi itu,” kata musang yang
bijaksana. “Biar saya yang membunuh gergasi itu!”
“ Bagaimana
haiwan sekecil kamu mahu membunuh gergasi itu?” Tanya Raja Singa.
“ Saya akan buktikannya,” kata musang lalu beredar.
Pada suatu hari,
musang merayau-rayau di dalam hutan mencari gergasi yang sedang mengganas itu.
Akhirnya, musang
tiba di sebuah bukit kecil. Musang berasa hairan kerana selama ini tiada bukit
kecil wujud di laluan denai itu. Ia pun mendakinya.
Musang terkejut kerana ia sebenarnya sedang mendaki perut
gergasi itu. Musang ditangkap lalu
disuakan ke mulutnya.
“ Jangan makan
aku!” jerit musang yang ketakutan. “ Sebenarnya aku datang untuk membawa lebih
banyak makanan pada engkau!” jerit musang lagi.
“ Benarkah begitu?” suara gergasi kedengaran kuat bagaikan
halilintar.
“ Memang benar,”
kata musang yang terawang-awang di udara. “ Aku tahu di mana ada banyak haiwan
bertubuh besar.”
Musang bernasib baik apabila gergasi percaya
kata-katanya.Musang akhirnya dilepaskan.
“ Di manakah mereka tinggal?” Tanya gergasi.
“ Ayuh ikut aku
mendaki bukit paling tinggi di hutan ini. Dari puncak bukit,aku akan tunjukkan
kau tempat mereka berkumpul,” kata musang.
Gergasi itu bersetuju. Mereka pun mendaki bukit yang paling tinggi di hutan itu. Gergasi barasa
tidak sabar untuk makan haiwan yang lebih besar di hutan.
Setelah jauh berjalan, mereka tiba di puncak
bukit itu. Musang pun menuding ke bawah.
“ Di kawasan lembah itu banyak haiwan berkumpul. Untuk melihat
, kau perlu berdiri di atas batu di tebing itu,” kata musang pada gergasi.
Gergasi itu menurut saja.
Nasib gergasi
amat malang . Batu besar itu tidak mampu menampung berat gergasi lalu
menggelongsor jatuh ke dalam gaung.
Jeritan gergasi
itu didengari oleh semua haiwan di rimba sambil menyaksikan ia jatuh ke bawah.
Akhirnya, musang Berjaya membunuh gergasi itu.
“Sang Beruang yang
angkuh”
Disebuah hutan rimba,
ada seekor beruang yang sangat sombong , Ia suka menghina binatang lain kerana
merasakan dirinya lebih hebat dan berkuasa .
Apabila berjumpa dengan Sang Rusa ,ia
mengatakan tanduk rusa sangat hodoh dan akan menyebabkan kesusahan kepada Sang
Rusa itu sendiri .
“Muka kamu sangat hodoh dan tangan
kamu sangat panjang kerana suka bergayut “ sindir Sang Beruang kepada sang
Monyet pula .
“hai,malangnya nasib kamu ni Sang
Arnab. Kenapalah telinga kamu panjang sangat tetapi ekor kamu pendek” Sang
Beruang gelak-gelak mengejek Sang Arnab .
Disebabkan mulut Sang Beruang yang
sangat celupar itu semua binatang di rimba tidak suka dengan sikap Sang Beruang
. Mereka menceritakan sikap sang Beruang yang suka menghina binatang lain
kepada Sang kancil .
Lalu sang kancil bertemu dengan sang
beruang dan menasihatinya agar tidak meneruskan sikapnya yang sombong itu .
sang beruang tetap tidak menerima nasihat dari sang kancil . malah dengan
sombongnya sang beruang berkata “tiada binatang lain yang standing dengan aku . aku gagah , hebat dan cantik.”
Sang beruang terus meninggalkan sang kancil disitu .
Sang beruang terus berjalan dengan
sombongnya.Tiba-tiba sang beruang terjatuh kedalam sebuah lubang besar yang ada
sarang tebuan.habis seluruh badan sang beruang disengat oleh sang tebuan.sang
beruang menjerit-jerit meminta
pertolongan .
Binatang lain yang mendengar jeritan
itu tidak berani menolong sang beruang .mereka takut disengat oleh sang
tebuan.setelah tebuan-tebuan itu tidak ada, barulan sang kancil mengajak
kawan-kawannya melihat sang beruang.
Sang gajah menarik sang beruang yang
telah pengsan itu dengan belalainya . kemudian sang kancil dan kawan-kawannya
merawat sang beruang sehingga ia sedar dari pengsan.
Sang beruang sangat malu atas
perbuatannya dan mengaku akan kesilapannya selama ini , ia meminta maaf
daripada semua binatang disitu . mereka semua memaafkan kesalahan sang beruang
. semenjak itu sang beruang tidak sombong lagi.
Moral : Nilai diri sendiri dahulu
sebelum mencari kelemahan orang lain.
Monday 6 May 2013
Thursday 2 May 2013
Wednesday 1 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)