Translate

Tuesday 21 May 2013


Musang Memperdaya Gergasi

       
Suatu masa dahulu,tinggallah seekor musang di  dalam hutan.Musang disukai haiwan lain kerana sifatnya yang suka menolong.
        Ketika musang keluar mencari makanan ia telah bertemu seekor rusa seperti dalam ketakutan.Musang pun menegurnya.
        “ Ke mana kau mahu pergi , rusa ? “ Tanya musang. “ Kenapa pula wajah kau cemas sahaja?”
        “Aku ada berita buruk untuk disampaikan pada Raja Singa,” kata rusa itu.
        “Berita buruk apa?” tanya musang yang kehairanan.
        “ Seekor gergasi sedang menuju ke kampong kita ini,” kata rusa. “ Setahu aku, tidak ada gergasi yang tinggal di hutan kita ini,” celah musang.
        “  Kau juga perlu selamatkan  diri sebelum dimakan gergasi itu,” kata rusa lalu beredar.
        Beberapa hari selepas itu, barulah musang sedar seekor gergasi yang  amat besar sedang mengganas di hutan mereka. Banyak haiwan yang menjadi mangsanya. Setelah kenyang, gergasi  itu  akan tidur sepanjang hari. Apabila terjaga dan berasa lapar semula, ia akan mencari mangsa baharu.
        Raja Singa telah memanggil semua haiwan untuk bersidang. Musang turut hadir dan mereka mencari  jalan supaya tidak menjadi mangsa gergasi itu.
        “  Seluruh penghuni rimba dalam bahaya,” kata Raja Singa. “ Kita mesti  berbuat sesuatu.”
        “  Saya cadangkan kita berpindah dari hutan ini,” kata gajah dengan suara garaunya.
        “  Kami bersetuju!”  sorak haiwan-haiwan lain. “ Lebih baik kita berpindah daripada ditelan gergasi ganas itu!” Kebanyakan haiwan di situ mahu berpindah.
Tiba-tiba musang mencelah.
        “  Kita tidak boleh mengambil tindakan yang bodoh!” jerit musang penuh semangat. “Kalau kita berpindah, hutan ini akan didiami haiwan lain.Ini tidak adil kerana di sinilah kampung kita!”
        “ Jadi kau mahu dimakan oleh gergasi itu,” kata Raja Singa dengan nada sinis.
“ Saya tidak mahu dimakan oleh gergasi itu,” kata musang yang bijaksana. “Biar saya yang membunuh gergasi itu!”
        “ Bagaimana haiwan sekecil kamu mahu membunuh gergasi itu?” Tanya Raja Singa.
“ Saya akan buktikannya,” kata musang lalu beredar.
        Pada suatu hari, musang merayau-rayau di dalam hutan mencari gergasi yang sedang mengganas itu.
        Akhirnya, musang tiba di sebuah bukit kecil. Musang berasa hairan kerana selama ini tiada bukit kecil wujud di laluan denai itu. Ia pun mendakinya.
Musang terkejut kerana ia sebenarnya sedang mendaki perut gergasi itu.  Musang ditangkap lalu disuakan ke mulutnya.
        “ Jangan makan aku!” jerit musang yang ketakutan. “ Sebenarnya aku datang untuk membawa lebih banyak makanan pada engkau!” jerit musang lagi.
“ Benarkah begitu?” suara gergasi kedengaran kuat bagaikan halilintar.
        “ Memang benar,” kata musang yang terawang-awang di udara. “ Aku tahu di mana ada banyak haiwan bertubuh besar.”
Musang bernasib baik apabila gergasi percaya kata-katanya.Musang akhirnya dilepaskan.
“ Di manakah mereka tinggal?” Tanya gergasi.
        “ Ayuh ikut aku mendaki bukit paling tinggi di hutan ini. Dari puncak bukit,aku akan tunjukkan kau tempat mereka berkumpul,” kata musang.
Gergasi itu bersetuju. Mereka pun mendaki bukit  yang paling tinggi di hutan itu. Gergasi barasa tidak sabar untuk makan haiwan yang lebih besar di hutan.
Setelah jauh berjalan, mereka tiba di puncak bukit itu. Musang pun menuding ke bawah.

“ Di kawasan lembah itu banyak haiwan berkumpul. Untuk melihat , kau perlu berdiri di atas batu di tebing itu,” kata musang pada gergasi. Gergasi itu menurut saja.
        Nasib gergasi amat malang . Batu besar itu tidak mampu menampung berat gergasi lalu menggelongsor jatuh ke dalam gaung.
        Jeritan gergasi itu didengari oleh semua haiwan di rimba sambil menyaksikan ia jatuh ke bawah.
Akhirnya, musang Berjaya membunuh gergasi itu.                               

No comments:

Post a Comment